Wednesday, August 17, 2011

Rapatkanlah saf


Bismillah...

Sebelum saya mula menulis hal yang saya sangat hendak tulis, biar saya buat pengakuan dahulu bahawasanya saya bukanlah manusia sempurna yang tahu SEMUA hukum-hukum agama. Saya mengaku, masih BANYAK lagi yang saya perlu belajar. Tapi di sini saya ingin meluahkan perasaan tentang hal hukum agama yang satu ini, iaitu solat berjemaah. Khususnya saya ingin mencoret sedikit tentang hal merapatkan saf.

Untuk pengetahuan semua, antara sebab saya suka pergi solat tarawih di UIA ialah, kalau solat di UIA, jemaahnya faham dan tahu tentang hukum merapatkan saf dan cara merapatkan saf. Makanya bila kita bersama dengan jemaah yang begini, yang rapat safnya, yang tahu apa nak buat bila saf tak rapat, yang tahu harus bergerak ke kanan atau ke kiri, maka solat tarawih kita akan jadi aman damai. Sungguh, tak tipu. Subhanallah.

Dan untuk pengetahuan semua juga, antara sebab saya agak berat nak solat di musolla dekar dengan rumah saya ni dan rasa berat bersolat Hari Raya di masjid di taman rumah saya ialah disebabkan jemaah (TERUTAMA JEMAAH WANITA) yang tidak tahu hukum-hakam merapatkan saf, yang tidak tahu bagaimana nak merapatkan saf dan yang TIDAK MAHU merapatkan saf. Allahu Akbar. Tak kusyuk solat dibuatnya bila ada ruang kosong di sebelah atau di depan kita ketika berjemaah. Sungguh, tak tipu.

Jahil sangatkah kita sampai ilmu dan tuntutan untuk merapatkan saf itu tidak difahami, tidak sampai ke telinga dan akal orang Islam Melayu Malaysia. Allahu Akbar... Tolonglah... Rapatkanlah saf wahai jemaah Muslimat... Rapatkanlah saf.....

Bagi yang tidak selalu atau tidak biasa solat berjemaah, saya sarankan, tiap kali sebelum datang bulan Ramadhan, bila sudah tahu dan pasang niat untuk bertarawih dan bila dah confirm nak solat Aidilfitri di masjid..tolonglah ulangkaji semula antara rukun-rukun dan adab-adab bersolat jemaah. Ketahuilah kalau saf tak rapat, kita tak dapat pahala berjemaah...Sayangnya. Ketahuilah bahawa saf harus dirapatkan ke tengah, di mana selari dengan imam. Bukan ikut suka hati kita ke sebelah kanan.

Dari Abu Umamah, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Luruskanlah saf-saf kamu, rapatkanlah bahu-bahu kamu, lunakkanlah tangan berdampingan dengan saudara-saudara kamu, tutupilah celah-celah saf, kerana sesungguhnya syaitan itu memasuki ke dalam di antara kamu sebagai anak kambing kecil.”

Sabda Rasulullah lagi:

“Hendaklah kamu meluruskan saf-saf kamu atau (kalau tidak) nescaya Allah akan memperselisihkan antara wajah-wajah kamu.”

(Hadith Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, An-Nasa-i Dan Ibnu Majah Dan Disahkan Oleh At-Tirmizi)

Jadi, tolonglah... Janganlah jahil sangat sampai hukum merapatkan saf pun kita tidak endah. Tolong..rapatkanlah saf..

Share This: